Wednesday, March 5, 2014










Pemenang Grand Lucky Draw KKHS Jamboree 2014....senyum lebar akak ni...




KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR JAMBOREE 2014

   PETA KE KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR
(MAP TO KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR)



Program Kolej Komuniti Hulu Selangor Jamboree 2014 diilhamkan berdasarkan kepada kedudukan kolej sendiri yang terletak di dalam Daerah Hulu Selangor yang terkenal dengan khazanah alam yang masih terpelihara. KKHS sendiri telah mula terlibat dengan penganjuran sukan berbasikal melalui penganjuran KKHS Funride 2013 yang telah berlangsung pada 16 Mac 2013, diikuti dengan program My3L Charity Fun Ride pada 17 November 2013. Kini, KKHS mengorak selangkah lagi untuk memperkembangkan minat komuniti setempat ke arah sukan lasak berbasikal iaitu KKHS Jamboree 2014  sejajar dengan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemahiran di dalam suasana harmoni 1Malaysia. 



Program ini akan dimulai dengan pendaftaran peserta sehari sebelum hari pertandingan. Peserta akan berkumpul di garisan permulaan seawal jam 6.00 pagi sebelum pertandingan dimulakan jam 8.00 pagi. Peserta akan menempuh perjalanan sejauh 35 - 40 km melalui jalan "off road" dan "on the road" dan berakhir di perkarangan Kolej Komuniti Hulu Selangor.